Isnin, 7 April 2014

Siapa pernah main game ni? Age Of Empires ll : The Conquerors Expansion adalah game RTS (Real Time Strategy) yang dibangunkan oleh Microsoft dan Ensemble Studios pada tahun 1999. Sudah 15 tahun berlalu, namun pengikut game ini masih setia kerana gameplay permainan ini adalah diantara yang terbaik di antara RTS yang lain. Saya antara pemain tegar permainan ini setelah dikenalkan oleh kawan pangkat pakcik saya sendiri. Mula bermain agak lambat iaitu dalam tahun 2002, pada mulanya hanya bermain secara suka-suka dan hanya bermain 'cheat' sahaja. Selepas itu, terus terkubur gara-gara ketagih dengan permainan 'shooting' Counter Strike.
Namun setelah dikenalkan dengan LAN (Local Area Network) pada lewat 2006, game yang pada mulanya dimain secara suka-suka bertukar menjadi permainan minda yang kompleks. Kawan-kawan sekampung  mula berentap sesama sendiri untuk menjadi 'pemerang' terunggul.
Saya yang sudah lama tidak bermain game ini mula mengaktifkan diri dan kalah dengan teruk dengan kawan-kawan sekampung. Akhirnya, saya mencari strategi-strategi melalui online pada ketika itu untuk memantapkan lagi permainan. Antara strategi yang ganas pada ketika itu ialah 'Tower Rush' dengan mencapai Feudal Age secepat mungkin (9 minit) dan terus ke kubu lawan untuk memasang Tower tanpa henti.
Sekarang, banyak strategi yang sudah saya ketahui dan amalkan untuk menjadi 'Juara Kampung'. Daripada game 1v1, kini kami lebih banyak bermain team game (2v2,3v3, 4v4).

Antara strategi yang saya pelajari:

Drush (Dark Age Rush)
1. 3-5 Militia in Dark Age + Scout

Dirty Attacking Strategy
1. Tower Rush (Korea, Teutons @ Spanish)
2. The Douche (Persian, kerana hit point Town Centre 2 kali ganda dari civ lain. Dengan memasang Town Centre baru berdekatan TC lawan semasa Dark Age)

The Flush (Feudal Rush) Kombinasi
1. M@a (Man-at-arms) flush. (22 vil, 4 forward)
2. Skirm + Spearmen flush (fleksibel, x perlu ambil gold awal)
3. Scout + Skirm@Archer flush (very deadly)

Fast Castle
1. Castle Age dalam 14-16 minit dan memulakan serangan @ boom ekonomi dengan membuat lebih banyak Town Centre.
2. Biasanya 25 villager dalam Dark Age, tambah 2 semasa Feudal Age & mencapai Castle Age dalam 15 minit.

Daut Strategy
1. Drush + Fast Castle (walled)

Dan sekarang, saya adalah pengikut tegar Age Of Empires di AOCZone.net yang sangat aktif. Anda juga boleh bermain secara online di Voobly.com. Sekiranya anda juga adalah pemain tegar game ini, anda boleh hubungi saya untuk berkongsi minat dan mungkin bermain bersama-sama di Voobly (ID : miensteen).


(gambar hiasan)
Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mencari kawan yang mempunyai minat yang sama oleh kerana agak sukar sekali mencari peminat Age Of Empires di Sabah malahan di Malaysia amnya. Boleh hubungi saya melalui emel mien_12@yahoo.com dan bersama-sama kita berkongsi mengenai permainan ini.